Tuesday, 1 October 2013

Artificial Insemination Part 1







Dalam post sebelum ni saya dah bagitahu tentang AI dalam penternakan kan?jadi dalam post kali ni, saya akan terangkan tentang persediaan sebelum Artificial Insemination. Untuk buat AI, sebelum tu mestilah ada semen dulu kan? So, di sini la datangnya istilah semen collection, iaitu proses mengumpulkan semen dari penjantan untuk disuntik ke dalam rahim betina melalui AI ataupun disimpan melalui kaedah Semen cryopreservation. Tapi bab semen cryo ni saya cerita bab lain la.




Jadi, untuk semen collection apa yang kita perlukan ialah aritificial vagina (AV), gloves, pelincir, thermometer dan collection glass. Dalam gambar ni, AV ialah benda alah warna merah tu, komponen paling penting dalam semen collection. AV ni bertindak sebagai alat yang direka untuk menyamai persekitaran dan suhu dalam vagina kambing supaya memudahkan penetrasi penis seterusnya menyebabkan pancutan air mani. AV akan diisi dengan air suam dengan suhu sekitar 42 – 450C. faktor suhu ini yang paling penting untuk bagi jantan tu ejaculate. Kalau sejuk je AV tu macam mane nak pancut. Lagi kecut ada la.:p

For succesfull fertilation, penjantan dan betina mestilah dalam keadaan biang. Kalau kambing betina biang, ekornya akan bergoyang-goyang dan vagina akan menjadi lembap dan kemerah-merahan. Jantan ni pulak selalu je biang. Bila dapat je bau betina yang biang, automatik jantan ni jadi biang sekali. Bagus kan jantan ni, selalu standy.hahaha.

Nak buat proses ni pun bukan senang, kambing kalau tak biasa dengan proses ni, dia jadi malu-malu nak memanjat. Ikat kambing betina pada restrainer nak bagi senang, takde la jantan nak kejar-kejar lagi.  Kalau penjantan dah mula nak memanjat, maknanya penjantan dah ready untuk semen collection.
Dalam mengawan secara asas dan semulajadinya ada 6 tahap. Daripada informasi dari sini, kami akan manipulasikan certain step untuk proses collecting semen dari penjantan.

1.          Preplay (penjantan akan mula bau-bau vagina)
2.       Erection (penis mula keluar)
3.       Mounting (penjantan mula memanjat)
4.       Ejaculation (penjantan penetrasi semen ke dalam vagina)
5.       Dismount (penjantan turun)
6.       Rest (rehatkan diri)



Penjantan mula bau dan jilat vagina betina (preplay)



Penjantan mula memanjat (mounting)



Apabila penis mula keluar, alihkan ke alat AV untuk membolehkan penis memancutkan semen ke dalam AV



Semen berjaya dikumpulkan dalam collection glass.

Monday, 30 September 2013

Teknik Pembiakan Kambing

 Dalam aktiviti pembiakan ladang kami, kami tumpukan pada 3 jenis aktiviti; dalam penternakan kambing ada 3 jenis teknik pensenyawaan. yang 1st dan 2nd ialah conventional method yang dah lame orang buat dari dulu lagi, iaitu hand mating dan natural mating. cara yang ketiga ialah melalui Artificial Insemination (AI)

Natural mating ialah kaedah yang paling biasa penternak buat, cara yang paling mudah dan tak guna banyak tenaga pekerja. Natural mating ni biasanya digunakan untuk betina yang baru belajar nak kawin, yang masih sengal-sengal lagi nak mengawan. betina ni kena biasakan kena panjat dulu, nanti senang kerja kita untuk kahwin kali ke-2, kali 3 dan seterusnya. Ratio untuk natural mating ialah 1: 25, bermaksud seekor jantan berpengalaman boleh membuntingkan 25 ekor betina dalam satu masa. masukkan je sekor kambing penjantan dalam satu kandang yang ada 25 ekor betina, biarkan mereka dalam tempoh 45 hari. selepas tempoh 45 hari, kita assume kesemua betina dah berjaya disenyawakan. kami gunakan penjantan boer pureblood untuk improve kualiti anak yang dihasilkan. kalau betina pulak tak kisah la pure ke cross ke, asalkan bertepatan dengan tujuan mating yang kita buat.

hand mating pulak berbeza dengan natural mating daripada banyak sudut. hand mating membabitkan sekor penjantan dan sekor betina yang mengawan dalam satu tempat khas dengan pengawasan. kita kena betul-betul pastikan dah berlaku pensenyawaan (jantan panjat dan pancut dalam vagina betina). biasanya lebihan air mani akan keluar dari vagina selepas pensenyawaan, indikasi bahawa jantan dah berjaya penetrasi vagina betina. 

Tapi untuk kedua-dua teknik di atas berkemungkinan tidak akan berlaku pensenyawaan atas beberapa faktor. mungkin sekali air mani tak dapat disampaikan ke dalam vagina disebabkan penetrasi zakar jantan yang tidak berjaya ataupun penjantan tak berjaya panjat pun( natural mating). jadi, teknik yang ketiga ni dapat mengatasi segala masalah di atas. AI dapat meningkatkan peratus kebuntingan kerana menggunakan alat khas untuk memasukkan air mani terus ke uterus betina untuk pensenyawaan berlaku.

Next posting saya akan terangkan mengenai cara AI dilakukan dan alatan yang diperlukan.

Sunday, 29 September 2013

Pengenalan

Asalamualaikum, salam perkenalan untuk semua penternak-penternak di malaysia.

Untuk intro blog ini, saya akan ceritakan sedikit pengenalan mengenai ladang kami. Ladang ar-Raudhah Biotech Farm Sdn Bhd dibina berdasarkan pendekatan bioteknologi dalam aktiviti pembiakan dan perladangan ternakan. Ladang ini menggunakan pendekatan saintifik dan berpandukan pengetahuan untuk menghasilkan bahan genetik berkualiti tinggi dalam bentuk semen dan embrio serta ternakan baka tulen.

Aktiviti R&D dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan teknologi perladangan dan pembiakan serta memberi fokus kepada beberapa tumpuan utama sperti pengumpulan dan penilaian semen, penyejukbekuan semen, permanian beradas serta diagnosis kebuntingan.

Kesemua induk kambing Boer di ladang ini telah dipilih melalui program pemilihan yang ketat berdasarkan pengujian keupayaan. Ladang ini menyediakan pakej perkhidmatan yang lengkap bagi permanian beradas.

Antara produk kami ialah daging kambing boer, kambing boer (pureblood, pure bred, cross), british alpine, african dwarf, red kalahari, black kalahari baja tinja kambing, probiotik untuk pembuatan baja (PROBIODEC), probiotik untuk pakan ternak (TRUEBIOFEED), silage dan juga semen kambing berkualiti.

Sekian terima kasih.