Asalamualaikum, salam perkenalan untuk semua penternak-penternak di malaysia.
Untuk intro blog ini, saya akan ceritakan sedikit pengenalan mengenai ladang kami. Ladang ar-Raudhah Biotech Farm Sdn Bhd dibina berdasarkan pendekatan bioteknologi dalam aktiviti pembiakan dan perladangan ternakan. Ladang ini menggunakan pendekatan saintifik dan berpandukan pengetahuan untuk menghasilkan bahan genetik berkualiti tinggi dalam bentuk semen dan embrio serta ternakan baka tulen.
Aktiviti R&D dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan teknologi perladangan dan pembiakan serta memberi fokus kepada beberapa tumpuan utama sperti pengumpulan dan penilaian semen, penyejukbekuan semen, permanian beradas serta diagnosis kebuntingan.
Kesemua induk kambing Boer di ladang ini telah dipilih melalui program pemilihan yang ketat berdasarkan pengujian keupayaan. Ladang ini menyediakan pakej perkhidmatan yang lengkap bagi permanian beradas.
Antara produk kami ialah daging kambing boer, kambing boer (pureblood, pure bred, cross), british alpine, african dwarf, red kalahari, black kalahari baja tinja kambing, probiotik untuk pembuatan baja (PROBIODEC), probiotik untuk pakan ternak (TRUEBIOFEED), silage dan juga semen kambing berkualiti.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment